Kellie's Castle Tour
Setelah lama tak blogging hari ini rasa macam nak menulis pula.
Hampir sebulan duduk di rumah menenangkan fikiran memang best.
Sambil-sambil itu bercuti bersama-sama famili dan merayau di sekitar bandar ipoh.
Ipoh bukanlah sebuah bandar yang besar tapi cukup untuk memenuhi segala keperluan.
Kalau hendak shopping pergilah Ipoh Parade, Jusco atau Greentown.
Masih ada lagi tempat-tempat lain yang menarik untuk shopping tapi kenalah lawat sendiri kan?
Kalau hendak melawat tempat-tempat sejarah bolehlah ke Stesen Kereta api Ipoh atau tokong Cina dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, bagi mereka yang hendak melawat tempat-tempat reakreasi bolehlah ke Lost World of Tambun, Gunung Lang, Taman Dr, dan pelbagai lagi tempat yang menarik.
Pernah dengar Kellie's Castle? Sebuah istana yang dibina oleh Kellie buat isterinya Agnes. Namun tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhir. Makanya, istana tersebut tidak dapat disiapkan... sedih juga kan..Dari apa yang diamati sewaktu ke sana.. istana tersebut merupakan sebuah hadiah khas buat isteri tersayang seperti Taj Mahal. Namun sepanjang pembinaan Kellie's Castle pelbagai masalah yang melanda dan salah satu darinya apabila pekerja binaannya jatuh sakit seorang demi seorang dengan sebuah penyakit misteri dan mati. Semasa berada di sana, terasa seperti ada yang memerhati. Mungkin bayangan yang bermainan di fikiran apabila pelbagai kisah tentang penjaga di sana ternampak kelibat lembaga di sana pada waktu malam. Melalui setiap bilik di situ terasa seperti berada di dalam sebuah filem sedih di mana sebuah keluarga yang ingin hidup bahagia musnah akhirnya. Jika anda ingin mengungkap misteri di sebalik istana ini, silalh berkunjung ke Kellie's Castle terletak di Batu Gajah, Perak.

batu-batu di gunung lang
Apabila musim cuti maka sempatlah melawat Ipoh dan kawasan sewaktu dengannya. Salah sebuah tempat adalah Gunung Lang yang terletak di Ipoh. Mudah sahaja untuk anda ke sana apabila melalui highway masuk Ipoh dan terus keluar ke Petronas anda dapat melihat signboard masuk ke Gunung Lang. Ia merupakan sebuah taman rekreasi untuk kita bersantai dan berehat. Anda juga boleh menaiki bot untuk berpusing-pusing di gunung tersebut atau beli makanan ikan dan beri ikan makan.
Gunung Lang ini pada dasarnya nampak seperti tempat-tempat biasa namun pernah terjadi sebuah kisah yang mengejutkan apabila sebuah konsert besar yang pertama kali diadakan di sana bertukar menjadi sebuah kemusnahan dalam sekelip mata. Kalau ditanya kepada saya sebagai orang Perak memang tidak pernah diadakan sebarang konsert hiburan/ sebagainya di kawasan gunung lang. Namun tidak disangka kejadian itu berlaku.
Petang itu seperti biasa, gerai-gerai jualan dan pertandingan nyanyian karaoke berjalan dengan lancar namun keadaan cuaca agak mendung tanpa menunjukkan sebarang tanda hendak hujan. Namun lebih kurang jam 4 setengah petang, hujan turun dengan lebat. Tiba-tiba tanpa disedari ribut yang kuatdatang dan meranapkan kesemua gerai dan juga pentas. Sewaktu itu, pertandingan karaoke masih lagi berjalan dan seorang peserta masih lagi berada di atas pentas apabila palang besi di atas pentas jatuh. Nasib baik apabila peserta tersebut sempat mengelak. Ribut tersebut telah memusnahkan kesemua gerai dan pentas dan dianggarkan kerugian puluhan ribu ringgit. Alhamdulillah tiada sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan.
Salah seorang penduduk di situ memberitahu bahawa ini bukan kali pertama kejadian sebegitu berlaku namun ia pernah berlaku kepada beliau sendiri semasa majlis perkahwinan anak beliau yang turut diadakan di situ.
apakah ini suratan atau kebetulan? Hanya ALLAH swt yang tahu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Comments
Post a Comment