Harga naik
Entri kali ni nak cerita sikit tentang kenaikkan harga. Sedar tak sedar rupanya sekarang ni harga barang naik mendadak. Lebih kurang setahun Ramadhan kembali lagi, harga-harga barangan pula naik. Sepanjang tahun lepas hingga kini, harga kenaikkan minyak sedikit demi sedikit mula menampakkan kesan yang negatif terutama kepada kita.
Perubahan ketara ini memang, dirasai oleh sesiapa pun. Malahan tanpa di sedari, harga mata wang kita mula menunjukkan nilai yang kecil dari jumlah yang sebenarnya. Mana taknya, bayangkan RM50 sekeping, apabila kita keluar sahaja rumah, minyak diisi RM10 takpun RM20, kemudian tol atau touchNgo, kemudian duit makan dan minum, duit habis begitu sahaja. Aduhai~ Begitu kecilnya duit sekarang. Teringat masa kecil-kecil dulu apabila atuk dan nenek berikan RM50, melompat bukan main lagi, macam-macam barang-barang boleh dibeli. Tapi sekarang ni RM50 seperti RM10 nilainya.
Baru-baru ini, saya pula menyusuri bazaar Ramadhan bagi membeli juadah berbuka puasa. Takyah ceritalah, memang ramai betul rakyat di sana yang sedang sibuk membeli belah. Tiba-tiba teringin pula ingin menjamu air tebu untuk berbuka puasa, namun alangkah terkejutnya bila ingin membeli mendengar sebungkus RM3.50. Wah, mahalnya.. setahun lepas sebungkus RM2.00 sahaja. Begitu ketaranya kenaikkan harga. Bukan itu sahaja, suku belah buah tembikai pula dijual dengan harga RM4.00 jadinya sebiji RM16.00. Mak ai, sudah sama harga dengan 1 kg buah anggur.
Agaknya tak lama lagi, kita terpaksa makan maggi sahaja ataupun nasi dengan ikan kering kerana duit sudah jatuh nilainya. Sedih sedih~ kita tidak mampu berbuat apa-apa hanya mampu melihat sahaja perubahan demi perubahan yang bakal berlaku. Mungkinkah yang miskin akan jadi papa, yang sederhana akan jadi miskin dan yang kaya akan jadi sederhana dek perubahan ini.

Comments
Post a Comment