Ayam Penyet di Sate Haji Samuri




Semalam, on the way nak ke tempat kerja. Sebelum kerja, pusing-pusing lah area subang tu, sambil mencari Public Bank. Sampai-sampai Public bank tertulis pula di skrin " server down" aisey! Terpaksalah mencari bank lain. Dalam dok pusing tu, tiba-tiba ternampak pula Restoran Sate Kajang Haji Samuri. Hati tu macam ada magnet pula. Terasa macam nak berbuka puasa di situ. Boleh ye encik amy, boleh ye. " ok, petang nanti kita makan di situ," kata encik amy. Yay! Menjerit keseronokkan di dalam hati.

--------------------------------------------KERJA---------------------------------------------

Jam pun menunjukkan jam 6.59 petang, kami berempat pun menuju ke area Taipan untuk berbuka di kedai tersebut. Tapi, ada masalah pula. Petang-petang macam nilah, kereta semua berpusu-pusu keluar mencari tempat berbuka. Tambahan pula, area Taipan tu penuh dengan manusia. huhu.. Maka terpaksalah kami, meletak kereta di hadapan HSBC Bank dan berjalan kaki menuju destinasi kami. (chewah macam rancangan tv pula). Dalam pusing-pusing tu, terlupa pula di mana tempat tu. Jadi jawablah meraba-raba lah nak mencari jalan. Akhirnya, terjumpa juga papan tanda tertulis " Restoran Sate Kajang Haji Samuri". En. amy apa lagi, siap pegang kamera ambil video (hobi dia).

Nasib baik tak penuh kedai tu, Alhamdulillah. Kami berempat (saya, amy, sha dan kelly) pun memilih tempat duduk berhampiran dengan pintu masuk (sejuk sikit, angin masuk). Mak ai, ternampak lah pula, jiran sebelah dah siap dengan juadah berbuka di atas meja. Jelesnya. Kami pun order lah juadah kami. Saya dan encik amy memilih nasi ayam impit manakala Kelly memilih bihun goreng dan Sha memilih kuetiaw hongkong. Bila dah sampai kedai sate maka wajiblah meng'order' sate. Kami order 20 cucuk; 10 ayam dan 10 daging.

Lebih kurang beberapa minit kemudian, azan pun berkumandang di television. Disebabkan makanan tak sampai lagi, maka telan air liur jelah. Sedapnya jiran sebelah ni makan. Tak lama, sate kami pun sampai dengan air fresh oren dan tembikai. Apa lagi makan sate dan minum lah dulu. Jemput2! Selepas itu nasi ayam penyet pun sampai bersama-sama hidangan yang lain.

Bismillah... sekali makan sedapnya. Teringat pula nasi ayam penyet berapi yang kami berdua pernah cuba dulu. Agak pedas berbanding kali ini. Puas hati makan. Sedap juga rupanya. Insya-allah ada rezeki kami akan ke sana lagi.



Lepas selesai makan, Kelly pula ajak ke 100YEN. Katanya nak makan snow ice. Sejak semalam lagi dia asyik cakap pasal snow ice. Tapi perut dah kenyang sangat ni. Kedai 100YEN ni menarik juga, ada pelbagai barangan yang dijual dengan harga RM4.90 kecuali yang tertera harga lain. Yang paling menarik semua barangan adalah dari Jepun. :))


Pada yang ingin mencuba silalah ke Sate Kajang Haji Samuri di Taipan, Subang Jaya.
Kalau nak mencuba snow ice silalah ke 100YEN, dijual pada harga RM4.90 sahaja.


xoxo
Yana Hisham

Comments

Post a Comment

Popular Posts