Jeles ke?
Semenjak dua menjak ni, aku mula lebih prihatin tentang keadaan yang berlaku sekeliling ku tambah-tambah bila kawan-kawan rapat aku sendiri ditimpa masalah. Tambahan pula bulan ini pelbagai kejadian yang menimpa orang di sekeliling ku. Baru-baru ini aku mendapat mesej bahawa rakan ku ditimpa kemalangan yang mengakibatkan pemboncengnya meninggal manakala dia pula parah dan patah tulang di seluruh tubuh badannya. Kini dia berada di ICU Sg Buloh, inalillah. Tak ku sangka tak ku duga, Allah swt itu Maha Kuasa, jika DIA mahu segala nikmat di dunia ini boleh ditarik serta merta. Aku hanya mampu berdoa pada arwah dan kawanku.
Bukan itu sahaja, seorang lagi sahabatku pula kini ditahan di wad kerana demam denggi. Aku pun terkejut juga dengar sebab sebelum itu dia di santau orang. Macam-macam dugaan berlaku walaupun kejadian tak menimpa diriku namun aku merasakan bahawa kita sebagai manusia perlu lah beringat dan jangan sekali-kali kita berpaling dari Allah swt dan melakukan perbuatan syirik itu. Allah swt sahaja tahu balasan bagi setiap perbuatan manusia di dunia. Aku tak sempurna, nak kata pandai belum cukup ilmu di dada tapi alhamdulillah aku masih berminat mengumpul ilmu di dada. Jadi janganlah kamu ni menyimpan hasad dengki pada kawan-kawan atau sebagainya. Fikirkanlah dengan sewarasnya.
Sebenarnya, aku nak kongsikan satu isu yang sudah lama menular di sanubari ku ini, chewah. Oklah kena serius ni. Ceritanya begini, kawan aku sorang ni mempunyai seorang kawan yang baik dengan dia. Mereka berdua boleh dikatakan berkawan sudah bertahun lamanya. Tapi ada satu masalah yang selalu diadukan pada aku. Aku pun hairan juga dengan sikap kawan dia tu. Masalahnya begini, tiap kali si dia mesej kawan aku ni seolah-olah mempersendakan kawan aku tu.
Contoh:
Kawan dia = B
Kawan ku = A
B: Aku ni orang miskin, keje pun jual kain tak macam kau kaya bolelah orang percaya cakap kau. Kalau aku tipu orang mesti kena maki.
A: Jual kain pun orang percaya juga.
B: Aku tak macam kau terkenal, cakap sikit pun orang percaya.
A: oh ya ke, mana adalah.
B: Tengok kawan kau tu keluar surat khabar kau bila lagi. Nanti dia lagi popular dari kau, padan muka kau.
A: Oh ya bagus tu.
Korang semua ada ke kawan macam ni? Setiap kali ada berita baik tentang diri korang dia akan hantar mesej tapi perli-perli diri korang. Dari sudut saya, si dia tu seperti jeles dengan kawan saya. Seolah-olah tak boleh melihat kejayaan seseorang, jadi dia akan cuba menyakitkan hati kawannya. Yang lebih menghairankan si dia akan membandingkan hal orang lain dengan kawannya. Korang jangan salah faham pula, tujuan saya menceritakan hal ini kerana nak berkongsi sahaja masalah kawan-kawan dan agar korang tak berbuat begitu pada kawan sendiri.
Ingat tau, berkawanlah demi keikhlasan berkawan jangan berkawan kerana nak jadi lawan. Assalamualaikum!
XOXO
YH
Comments
Post a Comment