Facebook Berguna atau Tak?
Facebook memang merupakan sebuah social network site yang buat aku ketagih. mahu tak mahu setiap masa aku akan online di FB. Bukan itu sahaja, aku juga link kan FB di blackberry aku so macam dah kemaruk kot. Ketagih lah senang cerita. 24:7 aku akan buka FB kecuali time tido. err.. teruk ke kes aku ni?
Sebenarnya aku suka facebook ni sebab dia beri banyak kemudahan kepada kita terutama dari sudut networking dan marketing. Memang sangat berfaedah bagi mereka yang buat perniagaan online atau online biz. Zaman muda-muda mak ayah kita mana ada internet ni yang paling canggih masa itu adalah surat kot. Siap tulis ayat berbunga-bunga lagi. eceh macam tahu je kan? Zaman sekarang memang sangat mudah semuanya hanya di hujung jari sahaja. Dengan satu klik anda boleh berhubung dengan semua orang di seluruh dunia. Canggih canggih. Sebenarnya, kalau di terokai lagi Facebook ni anda boleh berjumpa dengan pelbagai aplikasi yang memudahkan perniagaan anda samada realiti ataupun maya.
Paling best pasal Facebook ini mestilah game dia kan. Walaupun dulu Myspace pernah menjadi raja di hatiku namun semua sudah berlalu. ewah ewah. Padahal dulu ada game Pet Society di Myspace tapi entah nape aku lebih berminat dengan game di Facebook. Bermula dari Pet Society sehinggalah aku bermain game lain seperti Farm Ville, Restaurant City dan Cafe' World. OMjayy! aku FB addicts rupanya.
Secara seriusnya aku memang suka Facebook. :)) FULLSTOP.
ye la yana.. sampai kadang2 2 FB dok buke.. tapi xtau orgnye kt mane... huhuu.. dahsyatt punyer kes nihh,,, haha
ReplyDeletehehe.. itu kes biasa.. cuma skrg addiction pd game da kurang
ReplyDelete