Selamat Menyambut Ramadhan

Pejam celik pejam celik dah 12 hari kita berpuasa. Bermakna ada lebih kurang 19 hari lagi sebelum Syawal menjelma. Alhamdulillah. You guys, mesti dah tak sabar nak menyambut Syawal yang bakal tiba. Parents mula dah mula menunggu masa bila baju raya tempahan bakal disiapkan. Langsir dan kusyen ditukar. Rumah pula dicat baru. Terasa seperti semua mahu ditukar baru. Bukan itu sahaja, kuih-kuih raya pula mula menerima tempahan sehingga memenuhi ruangan buku2 tempahan mereka. Gadis-gadis sunti pula, auw you!, pula mula memikirkan baju/kasut/barang kemas yang mahu dibeli untuk menyambut Syawal.. termasuklah diri ku ini. Sangat boros oke!

Btw, you guys dah siap ke baju raya? Me, of coz hampir 50% progress sebab ibuku tersayang selalu menjahit baju raya aku. Aku pula sejak kecik lagi tak pernah memakai baju yang dibeli. Kecuali ada one time tu, my dear belikan aku baju kebaya labuci manik yang sangat gojes dengan kain songket. Tapi sampai sekarang tak pernah pakai lagi sebab sayang giler nak rosakkan baju tu. Eh bole ye gitu? Suka hati akulah kan.. So, tahun ni mama buatkan 3 pasang baju raya; iaitu kaler green, pink dan merah.. yang merah ni aku suker sebab dia ada manik di tangan dan bahagian hadapan baju. Sangat suke uols. Insya-allah kalau kerajinan aku akan upload picta tu time raya nanti. Korang pula camne? Da siap ke?

Well, pepun aku nak mengucapkan Selamat Berpuasa dan Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Assalamualaikum, peace and out!

Comments

  1. ye la yana.. selamat berpuase dan selamat myambut hari raya.. amboii meriah raye tahun ni ye.. alhamdulillah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts