Pelancaran Raya Tak Jadi

Salam semua,

Sudah berkurun lama rasanya diriku ini tidak berblogging. Ampun ampun..
Memang malas tahap gaban. Disebabkan sudah berkurun lama tidak berblogging maka hari ini diri ini mahu meng'update' ler.

Hari ini merupakan Tayangan & Pelancaran Filem Raya Tak Jadi yang bakal ditayangkan di panggung pada 15/9/2011ini. Bermakna lagi 3 hari jelah. Aku macam biasa dijemput bersama 'tuan' disebabkan 'tuan' merupakan pengarah muzik bagi filem ini. So jadi tukang hambik gambo lah kejenyee.. asal aku dapat habuan aku sudah. Giler x ikhlas kan? Tapi sedikit sebanyak aku ada juga menyumbangkannnn.. ehem ehem.. VO (Voice over) di dalam filem tersebut di dalam sebuah scene. Ala.. scene kecil je pun. Toksah kecoh2!, kata orang. Ini merupakan filem ke 3 rasanya yang aku ada menglibatkan diri secara tak langsung. Alhamdulillah. 




Berbalik pada pelancaran tersebut, setibanya aku kat sana perkara pertama aku buat daftarkan diri dan amik Press kit (dalam dia ada gambar pelakon, poster, lagu tema dan kejadah2 untuk wartawan atau blogger).. yuhuuu! best sebab dapat lah tengok gambar-gambar artis kegemaran. Lepas tu apa lagi, aku pun melantaklah, ternampak pula sate, memang favorite. Aku amik sate dengan bihun disebabkan aku kelaparan ya amatnya. Diorg pula bagitahu tayangan bermula jam 1 petang. Aku pun tengok 'tuan' bersembang2. tetiba ohmaigod!, ternampak jalaludin hassan, berpakaian baju melayu ungu lengkap gitu. 


aku dan apek


selepas dah menjamu selera, diumumkan pula waktu untuk tayangan di hall 2. masa untuk menonton aku duduk di seat depan sekali memang kelasssss. selepas bacaan doa dan ucapan dari penerbit eksekutif dan pengarah filem Prof Madya A. Razak Mohaideen. rupanya ini merupakan filem ke 32 arahan beliau. dasyat kan?? tayangan dimulakan dan berakhir pada jam 3 petang. 





Apek sedang ditemuramah wartawan


Barisan pelakon, penerbit eksekutif dan pengarah


JANGAN LUPA TONTON FILEM RAYA TAK JADI PADA 15 SEPTEMBER 2011 INI DI SELURUH PAWAGAM BERHAMPIRAN ANDA. MEMANG LUCUUUUU!

Comments

Post a Comment

Popular Posts