Manhattan Fish Market

Hi semua!

Semalam disebabkan tekanan kerja terlampau dan kebosanan aku bercadang nak rilekskan minda dan positifkan pemikiran aku. Fikir punya fikir akhirnya aku memilih ke sunway piramid. 

Bagi yang tak pernah ke Sunway, anda haruslah ke sana wei. Dah lah besar tambah ada banyak tempat makan. 

Oleh kerana aku nak mengurangkan pengambilan ayam dan daging jadinya aku beralih arah pada protein pula iaitu, makanan laut. Masa on the way ke Sunway dalam otak memang aku nak ke situ. Akhirnya Manhattan Fish Market menjadi pilihan menu aku.

Sampai sahaja di muka pintu, berdirinya seorang waiter lelaki muka ala ala shah rukh khan gitu melayan kami duduk di meja. Kami berdua tapi oleh kerana perasan ramainya kami memilih meja berempat. Luas itu penting oke. Waiter memberi kami menu dan setelah bersedia kami membuat pilihan.

Aku memilih small platter berharga RM 29.90 ini boleh dimakan 2 orang bersama air peach tea manakala rakanku pula memilih spagetti seafood berharga rm11.90 bersama shake yang terasa seperti peanut(kacang tanah) yang mana sedap u olss.

Small platter

Spagetti seafood with prawns and mussels

Best part adalah bila waiter menghantar small platter, beliau menggunakan penunu bunsen (burner) untuk membakar dan mencairkan cheese(keju) di atas makanan laut tsb. Servis yang menarik perhatian ramai melihat table anda. Siap waiter buat lawak kena bayar dia kalau ambil gambar, yang mana dia terkena balik apabila rakan aku nk bayar 2 sen. Memang bengang kejar waiter tu. Tapi masing- masing melawak. 

Keseluruhannya makanan di sini sedap, servis menarik dan cepat. Bagi yang bajet di bawah rm50 sia fikir dahulu bila nak makan di sini.. Sesuai untuk yang bajet rm100. Anda disarankan makan di sini. Cawangannya ada di seluruh Lembah Klang, luar KL tak pasti. Nak tahu kena tanya pok cik Google.

Aku kasi 4.5 bintang!

Comments

Post a Comment

Popular Posts