Perpisahan & Tahun Baru
Salam semua.
Tak sangka dah tahun 2014 padahal baru saja masuk tahun 2013 tahun lalu. Pejam Celik, Pejam Celik dah 2014. Siapa sangka masa berlalu dengan pantas sekali.
Banyak kenangan manis dan pahit dah berlaku di tahun lepas. Kadang-kadang terasa macam bodoh pun ada juga, yelah bila fikir-fikir balik, "apalah yang aku dah buat ni", pastu mula lah serabut pastu ketawa sorang-sorang. Haih mental agaknya perempuan ni. ha ha ha.
Tapi perkara paling sedih berlaku di tahun 2014 di mana kucing kesayangan aku iaitu Niki yang telah aku bela dari usia 2 bulan sehingga kini mencecah 4 tahun sudah meninggalkan aku. Dia sakit dan ditahan wad angkara sakit gigi dan doktor kata dia tak nak makan. Akibatnya kesan pada hati. Bukan itu sahaja dia juga dijangkiti Feline Infectious Peritonitis (FIP), Radang Selaput Rongga Perut. Memang sekejap sangat rasanya dia sakit 2 hari sahaja dah terus takda. Petang itu aku nak ke klinik tup tup dapat whatsapp dari adik lelakiku yang hantar ke klinik beritahu bahawa dia dah pergi. Sedih juga tergamam sekejap dekat tepi kereta. Tak sanggup rasanya nak melihat dia. Patutnya petang itu aku lihat dia di klinik tapi malangnya mayat berbungkus sahaja yang dapat dibawa. Aku kebumikan dia berhampiran dengan tempat pertama kali aku berjumpa dia iaitu dekat dengan pejabatku.
video terakhir Niki
Akan ku tatap pusaramu tiap kali ku melaluinya...

Comments
Post a Comment