Shopping time!


Hi semua!

Terasa berkurun lama tak berblogging. Tapi hari ni terasa nak ubah mood dan blog satu post tentang iHerb. Pada yang tak tahu iHerb tu meh nak explain. Iherb ni website yang jual produk kecantikan, makanan kesihatan, barang haiwan peliharaa dan lain- lain. Kebetulan minggu lepas tengah dok browse blog blog terjumpa satu blog post pasal iherb ni. Dari review akak tu dia kata beli di Iherb ni murah berbanding ebay atau website sebagainya.  

Aku ni memang tengah gila beli makeup produk dan sekarang obses nak try brush baru. Tapi produk yang best- best ni hanya dijual di oversea dan kebanyakannya takda di Malaysia. kalau ada pun melalui insta online shop atau online shop yang jual dengan harga yang agak mahal kerana diorg terpaksa tanggung kos penghantaran yang mahal.

Nak dijadikan cerita, hari ini aku buat keputusan spend dalam RM100 untuk cuba produk yang dijual iHerb. Ok, dalam hati aku nak cuba beli Real Techniques brush yang harganya dijual dalam RM70 dan di iHerb baru RM30. Teruja tapi aku fikir- fikir nak try produk E.L.F yang review di youtube oleh kebanyakkan beauty blogger ' murah dan berkualiti'.

Setelah difikir-fikir akhirnya aku buat keputusan beli 5 produk dari E.L.F dan berjumlah RM102.91 termasuk pos. Kalau beli di Sephora baru 3 produk dah RM100 lebih ni 5 produk lagi. Excitednya.


Ini produk- produk yang aku beli:



1. E.L.F Flirtalicious Lipstick 7710


2. E.L.F Baked Eyeshadow Palette





3. E.L.F High Definition Powder

4. E.L.F Cosmetics Powder Brush / Blush Brush

5. E.L.F Cosmetics Stipple Brush for Foundation





Tadaa.. Itulah semua produk yang berjaya dibeli dan aku gunakan DHL sebagai penghantaran dan menunggu masa untuk tiba sahaja. harap- harap parcel aku tak sesat. Wish me Luck!

P/s: Nanti aku akan post review bila barang dah tiba. 

Love ya. Xoxo


Comments

Popular Posts