Kek Oren Kastard Karamel

Salam semua,

Lama tak update blog ni, kalau blog ni buku diari rasanya dah berhabuk dok bawah katil kot.
Ha apa pun kali ini Yana nak update untuk resipi kek yang mudah dan lazat untuk dibakar di bulan Ramadhan ini. Selepas berbuka boleh lah makan sebagai pencuci mulut. Oklah teruskan dengan resipinya:



Kek Oren Karamel Kastard 

1 loyang saiz sederhana 

Panaskan oven 175 darjah celcius dan masukkan dulang berisi air ke dalam oven.

Karamel
Bahannya:
1 cawan gula putih

Caranya: letak gula di dalam periuk dengan api perlahan masak sehingga gula cair dan berwarna keperangan. Hati-hati jangan sampai terbakar gula tu. kemudian tuangkan karamel ke dalam loyang dan ratakan di permukaan loyang. Ketepikan

Kastard
Bahan-bahannya:
4 biji telur kuning
3 sudu besar gula
1 tin susu cair

Caranya:
Di dalam mangkuk adunan, letakkan kuning telur dan gula kacau sehingga gula sebati dan masukkan 1 tin susu cair. Ketepikan adunan.

Kek Chiffon
Bahan-bahannya
2 biji telur kuning
3 sudu besar gula
1 biji buah oren - parut kulitnya dan simpan
Jus dari buah oren
110gm / 1 cawan tepung kek/ tepung gandum
1 1/4 serbuk penaik
Garam
3 sudu minyak masak

3 biji telur putih
Cream of tartar( jika ada)
3 sudu besar Gula putih


Caranya:
A. Di dalam mangkuk, 2 biji kuning telur dikacau dengan gula hingga gula larut dan masukkan oren parut serta jus oren dari buah oren tersebut. Juga Masukkan esen vanilla, minyak masak.

B. Kemudian di dalam mangkuk berlainan, campurkan tepung, sebuk penaik dan garam. Ketepikan.

C. Di dalam mangkuk lain, pukul telur putih dan cream of tartar setelah berbuih masukkan gula dan kacau sehingga stiff peak. 

D. Ambil mangkuk B dan masukkan adunan A ke dalam tepung itu gaul rata. Akhirnya masukkan adunan C dan gaul dengan folding method agar angin di dalam telur putih tidak hilang dan adunan kembang. Selesai ketepikan.


Akhir sekali, ambil loyang beralaskan karamel dan tapis adunan kastard ke dalam loyang. Setelah itu tuang adunan kek chiffon ke atas kastard dan ratakan. Bakar di loyang di atas dulang berisi air di dalam suhu 175 darjah celcius selama 30 ke 45 minit.

Setelah siap bakar. Terus balikkan kek di dalam pinggan jangan tunggu kek sejuk kerana chiffon akan mengecut. Setelah itu simpan di dalam peti sejuk dan biar sejuk. Kek siap untuk dimakan!




Comments

Post a Comment

Popular Posts