Stimbot di Al Rancho


Papan tanda

Air gelas besar... x percaya?

Jom Ber'Steamboat'..hehe Sekarang ni ada satu lagi trend yang memang tersangatlah popular di kalangan rakyat Malaysia iaitu steamboat. Walaupun ramai yang tak berapa sedar namun kehadirannya kini tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Antara restoran-restoran yang kini wujud di Malaysia iaitu Shabu Shabu, Johnny's restaurant, El Rancho Steamboat, dan banyak lagi.

siapa kata tak boleh separuh-separuh..

Antara yang terlibat menjayakan makan malam kami..

Seafood heaven..jgn risau semua da arwah

Sejarah pasal 'steamboat' masih tidak dapat saya kenal pasti buat masa sekarang. Tapi hari ini saya mendapat ilmu baru tentang 'steamboat'. Rupa-rupanya steamboat ini telah wujud juga di Jepun Korea. Di Jepun 'steamboat' ini boleh dilihat di dalam pemakanan ahli gusti sumo digelar "chanko nabe". Manakala Korea pula di dalam makanan seperti 'bulgogi'. Persamaannya adalah kedua-dua makanan di rendam di dalam sup dan dimakan setelah masak.

Teruja x teruja?

Antara 'pencicah' yang ada...

x senonoh kan? hehe..

Saya memang pengemar makanan NO 1! hehe.. Saya juga berkesempatan melawat ke beberapa buah restoran steambot di Malaysia ini. ( x dpt pergi Jepun, Malaysia pun jadilah..) Namun yang paling murah di antara semua adalah di El Rancho restaurant yang terletak di Subang bersebelahan dengan The Summit.
Mana tak murah dia tulis ALL YOU CAN EAT BUFFET.. x tergoda ke? Masa tu pergi berdua sahaja, walaupun berdua tapi perut macam makan 10 orang. Tamak betul!Kami insaf-insaf.. taubat pun kami makan lagi. Apa lagi korang semua pergilah mencuba..Semoga Berjaya

Yana
X0x0

Comments

Popular Posts