Nasi Lemak Bapak


Siapa tak suka nasi lemak? Tak suka? Memang sah penipu..
Sebagai seorang warganegara Malaysia, nasi lemak adalah makanan asli Melayu yang tak akan lekang dari bibir setiap rakyatnya walaupun ke luar negara. Juga seperti rindunya kepada roti canai, cappati, nan, mee goreng mamak dan macam-macam lagi.
Hari ini saya nak perkenalkan sebuah port Nasi Lemak baru yang sedap di Jalan Kuching terletak di sekitar Taman Lawa. Jika ada melalui sekitar jalan kuching nak menuju ke Tesco extra semasa turun dari flyover anda akan nampak sebuah kedai-kedai di tepi jalan berhampiran 7 eleven. Di situ terletak Restoran Bapak yang terkenal dengan Nasi Lemak Bapak. Memang best nasi lemaknya, satu memang tak cukup.  Anda juga boleh menikmati nasi campur di situ dengan pelbagai hidangan lauk pauk untuk dinikmati Dibuka dari pagi sehingga malam. Harga pun sangat berpatutan.


RATE: ★

Comments

Post a Comment

Popular Posts