Pulang ke Ipoh



Semalam tidur agak lewat lah, mentang-mentang cuti asyik membesarkan badan je.
Sekarang ni rasa macam dah berisi pulak. Aduhai ni bermakna masa untuk kembali ke jalan yangbenar dan makan ikut time yang betul. Senaman pun dah lama tak buat. Nampaknya kena kembali menjalani rutin merajinkan diri. huhu

Tidur 4 jam membuatkan kepala akit bila bangun di waktu pagi, badan pun rasa semacam. Tapi kena juga bangun sebab hari ni papa dan mama datang. Raya cina lah katakan tambahan lagi nak ke kenduri kahwin kawan papa.

Mandi bersiap, make up sikit (menggatal nak make up plak). Sempena raya cina pakailah baju berwarna merah.. nak dapat ong sikit. Lebih kurang pukul 10 diorang pun sampai, apalagi ambil semua barang-barang dan turun bawah.

Tempat pertama menjadi buruan adalah IKEA. Tapi sampai-sampai lengang giler. Huh? Oh ya lupa lak raya cina.. tapi memang lengang betul la. Macam pekan koboi. Apalagi siap berposing lagi lah. Tambah pula dengan bunga pink blossom yang cantik kt roundabout depan cineleisure tu.



Snap juga picture kat depan restoran Dragon-i. Lawa tengok patung ni macam berada di negeri cina. Oh tak sempat pula nak posing sakan papa dah kal suruh turun ke parking. Beli bekalan makanan untuk sarapan pagi. Nasi lemak ayam 3.50, air ais lemon tea sebotol 2.50 dan kuih muih. Lapar betul gamaknya.


Bertolak ke destinasi seterusnya, iaitu ke Bagan Dato'. Penat lah pula da lepas makan. Tidurlah kejap. Oklah Selamat Menyambut Raya Cina kepada mereka tyang berbangsa Cina. Tata!

Comments

Popular Posts