Station Kopitiam
Makan makan..
Assalamualaikum, hari ini saya nak share sebuah tempat yang memang makan untuk semua.
Awal tahun lepas lepak dengan adikku yang tersayang ke The Mines sebelum memulakan ekspidisi tengok wayang perut perlulah di isi terlebih dahulu so kitorang menjeguk lah ke sebuah kedai ala ala kopitiam iaitu Station Kopitiam.
Kedai terletak di ground di pintu hadapan The Mines. Sebelum masuk ke kedai dia kita dapat lihat dekorasi luarannya yang simple dan suasana lampu yang agak romantik gitu. bila dah masuk terasa tenang tanpa suasana yang tegang tambahan pula kedudukan setiap meja agak jauh kerana keluasan restoran tersebut membuatkan pelanggan selesa untuk makan tanpa gangguan dan lebih privasi.
sizzling noodles
Makanan yang di tawarkan adalah pelbagai jenis nasi goreng, western, nasi putih dan seafood serta mee manakala minuman terdiri dari jus, minuman panas, shake dan juga bubble tea. Boleh dikatakan rambang mata juga melihat menu.
BBQ Chicken
Last-last pilihlah BBQ Chicken dengan sizzling noodles. BBQ Chicken dia dihidangkan bersama fries, coleslaw dan nasi goreng. Kalau difikirkan dari sudut seorang dietitian, sepinggan BBQ Chicken ini mengandungi karbohidrat yang tinggi. Kalau dari sudut perut yang lapar hentam sahajalah. Manakala sizzling noodles mempunyai portition yang cukup bagi sepinggan mee.
bila da makan perut kenyang, Alhamdulillah. Sambung pula nak ke panggung wayang. Kalau korang nak mencuba pelbagai jenis makanan silalah ke Station 1 di The Mines. Terdapat pelbagai jenis restoran; dari restoran makanan segera, restoran jepun hinggalah ke restoran makanan barat.
Best best semuanya, Enjoy!
yana,
ReplyDeleteni kat Station Kopitiam tu ke?
aha ye lah tu.. ada gak org ingat nama dia. tp skrg dkt the mines da tutup.
ReplyDelete