Karnival WIA (Water Information Access)
19hb April 2014 - Bertempat di Dewan Komuniti Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Bagi yang tak tahu, under company aku ada servis pa sistem, deejay, karaoke dan sebagainya yang berkaitan dengan hiburan ni. Boleh dikatakan keseluruhannya tentang event dan event management/organizer. Jadi baru ini kami ditugaskan untuk memberi servis pa sistem dan deejay bagi sebuah karnival yang diberi nama Karnival Air atau WIA (Water Information Access).
Puan Zarina merupakan pensyarah di UKM telah menjalankan kajian tentang air dan beliau berharap agar karnival ini dapat memberi kesedaran kepada komuniti dan masyarakat sekitar tentang kepentingan air. Katanya seharusnya kesedaran ini dipupuk sejak kecil lagi. Beliau pernah melawat ke Kyoto, Jepun dan di sana beliau melihat masyarakat Jepun ini di didik sejak kecil lagi untuk mementingkan orang lain sebelum kita, Contohnya, apabila di tandas mereka akan bersihkan lubang tandas setelah digunakan agar memudahkan orang lain selepas mereka menggunakkannya. Ternyata berbeza dengan kita di Malaysia.
Bagi aku, kesedaran itu penting. Aku sendiri pernah melihat tandas yang bersih dikotori dengan najis setepak di tengah-tengah lubang dan kita aku terpaksa bersihkan dahulu sebelum guna. Bukan tandas takda air tapi lengkap dan elok lagi tandas tersebut. Jadi apakah tujuan manusia tersebut membiarkan sahaja tanpa membersihkan? Di manakah sikap menjaga kebersihkan dan tiadakah kesedaran pada insan tersebut? Hairan bukan?
sempat posing

bersama Puan Zarina, Aku dan Iza

Sambil kerja sambil ambil ilmu. Sekarang aku tahu juga serba sedikit tentang air. Salah seorang pensyarah di situ juga sempat membicarakan tentang Agro (Pertanian) di mana katanya dari punca terbesar pencemaran air datangnya dari pertanian. Di mana sisa pertanian mengakibatkan air berkeladak. Beliau ingin memberi kesedaran kepada petani untuk mengurangkan air terutama pada tanaman padi dan menggunakan agroekosistem. Kurangkan air tapi menggunakan baja organik pada tanaman.
Y.B. Tuan Mohd Shafie bin Ngah
Y.B. Tuan Mohd Shafie bin Ngah Adun Bangi juga turut menegaskn tentang kepentingan penjimatan air di mana penggunakan air yang berlebihan mengakibatkan air berkurangan. beliau berkata apabila ini terjadi kos untuk membawa air melalui lori menggunakan kos dan kos itu adalah tinggi.
Pihak UKM juga menjemput Jaafar Onn untuk berbicara tentang cara-cara penjimatan air di dalam masakan kita. Beliau sarankan agar kita menyukat air kita dalam masakan. 1 gelas untuk seorang apabila memasak lauk. Juga gunakan cucian air beras untuk mencuci ikan, ayam dan sayur. Bukan sahaja ikan dan ayam lebih sedap malah bersih tanpa membazir air.
Jadi marilah kita turut serta menyumbang di dalam gerakan ini. Jimatlah air. Kita sedar yang kini air dicatu dan untuk mencari sumber air memerlukan kos yang tinggi. Jika ribuan ringgit tidak mengapa ini melibatkan jutaan ke billion ringgit. Jagalah alam sekitar kita. Pembuangan sampah, pembuangan toksik, aktiviti pembaziran air akan memberi kesan kepada air kita. Dijangka pada tahun 2050 air mungkin tidak mencukupi bagi cucu cicit kita. Mulalah berjimat sekarang. Sama-samalah kita memberi kesedaran kepada rakan, ahli keluarga dan masyarakat.
Comments
Post a Comment