Bertunang.

Alhamdulillah pada 22 Mei 2016 lepas, sudah selamat menjadi tunangan orang. Pejam celik pejam celik rasa macam cepat betul masa berlalu.
Kami plan majlis tersebut bermula awal tahun tapi atas hal-hal tak dapat dielakkan ditunda ke bulan 5.
Hantaran kami sama 6 dulang kesemuanya. Sebab bagi saya itu adalah sekadar hadiah untuknya dan tak perlu lah nak mengikut sangat angka ganjil atau tidak.
Pada mulanya saya tak bercadang nak buat pelamin tapi bila difikirkan semua barang untuk buat pelamin ada jadi apa salahnya.
Semua persediaan pertunangan ini saya diy (do-it-yourself)/ buat sendiri. Sebab memang puas hati bila kita buat sendiri. Kecuali makeup dan makanan untuk majlis.
Majlis ini dibuat kecil-kecilan antara ahli keluarga terdekat sahaja. Lebih kurang 20 orang sahaja. Pada majlis pernikahan dan persandingan barulah akan dijemput kesemua ahli keluarga.

Majlis Pernikahan & Majlis Persandingan belah saya akan diadakan pada 11 Februari 2017 Inshaallah. Kini persediaan bagi menuju alam perkahwinan pula. Nervous pual. Doakan ya!

Klik di sini untuk links berkaitan:

Comments

  1. tahniah yana hisham.....selamat menjadi tunang org. dan menjadi bakal isteri yang taat pd suami. jgn lupa jemput makan nasi minyak plak taw nnti.hihihihihiihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bidin. Insha-allah jemputlah datang Ipoh yer.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts