Kuih Keria Sedap!
Assalamualaikum,
semenjak dua menjak ni rajin pula nak berblogging. sambil melayari internet, teringat pula nak update blog al maklumlah tak lama lagi nak jadi isteri orang. sebelum tiba masanya nak tick semua wishlist 2016 ni dan salah satunya adalah update blog.
sebenarnya nak cerita pasal kuih keria pula harini. nak dijadikan cerita baru-baru ni tengah makan di sebuah restoran ternampaklah promo bagi sebuah rancangan di tv3. promo itu mengenai kuih keria antarabangsa hj jalil di limbongan, melaka ni. tup tup baru teringat nak update pasal kuih ni.
kuih keria ni bagi mereka yang tak tahu cara buatnya. biasanya guna ubi keledek yang direbus dan digaul dengan tepung gandum. seterusnya di bentuk dan digoreng hingga kekuningan. akhir sekali disira dengan air gula panas di dalam kuali dan digoreng hingga gula kering. setahu aku kuih keria hj jalil ini agak berbeza kerana disira dengan gula merah/perang berbandingan kebiasaannya gula putih. itulah keunikan kuih ini.
awal tahun 2016 aku tunaikan juga hasrat di hati nak ke Melaka. jadi aku sempat google beberapa buah 'eating spot' yang harus dicuba. salah satu darinya adalah kuih keria ni. aku dari pengalaman aku, masa aku ke sana adalah hari ahad dan petang tu memang panjang betul 'line' orang beratur nak dapatkan kuih keria ni. tak sanggup pula aku nak menunggu. jadi 'partner' aku cadangkan kami datang esok je. keesokkan harinya dalam lebih kurang pukul 5 petang aku sampai ke sana memang takda seorang pun pelanggan yang singgah. kelihatan cuma seorang makcik dan pakcik sedang sibuk mengemas. 'partner' aku bertanyakan kepada makcik tersebut dan dia beritahu kuih keria ada dijual di dalam. aku apalagi memang teruja lah. kami beli RM5 bagi 10 biji kuih keria. dijual dengan harga 50 sen sebiji.
dari segi rasa aku bagi 4.5 bintang. tak manis seperti sira gula biasa tapi cukup manis untuk dimakan. tapi tekstur gula berbeza dari sira gula biasa. kuihnya lembut dan saiznya yang kecil buatnya mudah dipegang.
pada yang nak singgah beli aku cadangan korang datang hari biasa kalau tak nak beratur. waze je kuih keria limbongan inshaallah jumpa.
selamat mencuba!
encik model teruja nak makan.
encik model pose depan kedai. mata kecil sebab panasa terik.
ini rupa kuih keria yang famous tu kalah neelofa kau.
masa ini berebut nak makan kuih keria teruja sebab terpaksa tunggu sehari,
Comments
Post a Comment