Aku jadi Model MTV

Alhamdulillah bulan ini kerja penuh. Bila kerja penuh maka waktu nak berehat pun KOSONG ler jawabnya.
Minggu lepas pada 19hb Disember maka bermulalah penggambaran bagi MTV album ke 4 Uk's iaitu Kembali Berbisa. Seperti entri sebelum ini aku ada menceritakan sedikit pasal lagu yang tengah HOT sekarang iaitu lepaskanmu kerna terpaksa yang terkandung dalam album tersebut.

Mesti ada yang tertanya-tanya apsal lah aku asyik promosi Uk's jer. Macamnilah ceritanya..

sibuk dengan kerja


Aku merupakan Managing Partner atau juga dikenali sebagai Pengarah Bersama bagi syarikat Uk's Records Entertainment. Syarikat ini ditubuhkan bersama dengan business partner aku 'Amy Uk's' yang merupakan gitaris/komposer/dj/ penyanyi dan sebagainya.Cita-cita dia memang nak buat COMEBACK Uk's sejak aku kenali dia. Jadi setelah penubuhan syarikat kami mulakan plan Pencarian Vokalis Uk's dan akhirnya kini terhasil lah album UK's Kembali Berbisa : Sentuhan Melodi Amy Uk's. Alhamdulillah, plan kami berjalan dengan lancar bukan senang nak bangunkan sesuatu perkara. Kita kena usaha walaupun dugaannya berat. Cita-cita aku memang nak memulakan perniagaan sendiri dan Alhamdulillah kini syarikat kami berada di tahap stabil.



Berbalik pada cerita MTV tadi. Maka semasa penggambaran MTV ni.. dengan secara rasminya selain jadi Business Partner/ Penerbit Bersama aku juga jadi Wardrobe Girl/ Photographer/ Videographer/ Assistant dan juga Model MTV. Ambikk kau! Dasyat tak dasyat sampai Makeup artist kami pun tegur kerja aku banyak betul. EH ! bukan nak berlagak tapi kalau korang kat tempat aku korang tak sempat nak berlagak pun sebab kerja dia terlampau banyak.


Tapi paling best bila aku jadi Model video klip bagi lagu Lumrah Percintaan nyanyian Amy Uk's sendiri. Tetiba jerr Director, Paul Wong suruh aku pakai cantik-cantik pada 20hb tu sebab nak shoot muka aku. EH? aku terkesima kot! Takkan nak tolak, rezeki alhamdulillah.. tapi Abg amy tak puas hati lah pasal aku punya muka lah masuk lagu dia. ha ha ha.. Ni dah kali ke 3 aku terlibat dalam penggambaran. Femes lah aku pasni. Perasan kot!

Apapun nantikan kemunculan MTV di pasaran tidak lama lagi. Tunggguuuuu!


Comments

Popular Posts