KEK PoP

hi hi...

sejak aku sibuk kerja ni jarang 'spend' masa nak 'berblogging'. sebab aku blog untuk diri aku so macam suka hati aku lah kan. ha ha ha "ok sumpah tak lawak langsung" *buat muka tension*

aku ni jenis yang suka 'browse' internet cari benda merepek-merepek dan yang cantik menarik tertarik kau memang da boom. entah lah naluri kot. tapi hobi aku yang ICHIBAN adalah tengok resipi makanan atau tengok gambar makanan yang pelik. err.. tak COOL ek? lantak lah kan. asal aku puas hati. pastu kang lapar sorang-sorang takpun aku meroyan kat member minta dia bawa aku pergi makan. ha ha *buat muka tak malu*

so baru-baru ni aku terjumpa satu jenis kek yang bukan sahaja cantik tapi cute miut gitu. bentuk dia bukan macam kek biasa tapi macam lollipop cuma dalam bentuk kek jadi lah KEK-POP eh CAKE POP bukan K-POP ye.. "nobody nobody but you" ops tu wonder girls.

tengok lah gambar-gambar kat bawah ni memang mengoda kan? kalau tak tergoda memang korang takda nafsu ah! *buat muka bengang dan berlalu pergi*






*kembali semula*

kalau tak silap bulan lepas ada terbaca yang Starbucks keluarkan Cake Pop khas untuk Anniversary diorang. Selain dari tu tak tahu kat mana nak cari kek ni.

oh pada yang tertanya-tanya cake pop ni diperbuat dari apa, sebenarnya cake pop ni adalah kek yang di hancurkan kemudian digaul dengan krim. kemudian dibulatkan / dibentuk dan disimpan di peti ais selama 1 jam sebelum dicelup dalam cip coklat kaler-kaler. selepas lapisan coklat keras baru dihiaskan dengan hiasan-hiasan. pastu jadilah Kek POP. tapi cara buat dia agak leceh sebab memerlukan tahap kesabaran tinggi dan kadang-kala kek tu tak dapat menampung bentuknya.

jadi kepada yang dah mencuba. aku jeles dengan korang, pada yang belum cuba seperti aku ni jom kita cari sampai dapat. baiklah aku nak cuba cari makanan lain pula. ok tata semua! *melambai-lambai*

xoxo
YH



Comments

Popular Posts