Kotak Kosmetik bulanan
Hi semua!
Bulan ini memang excited sangat sebab tertunggu- tunggu beauty box dari Mivva yang saya langgan bulan lepas. Tup tup petang tadi posman ketuk pintu rumah dan hantar parcel.. Wah masa tu dalam hati memang berbunga- bunga macam terima surat cinta pula.
Ok bagi korang yang tak tahu apa tu beauty box.. Meh nak cerita sikit. Sebelum tu nak bagi amaran pada kaum Adam semua..sebab post kali ni pasal produk kecantikkan wanita so lebih baik klik post lain ya. Trimas! Ok sambung cerita.. beauty box ini secara asasnya mengandungi sampel- sampel barangan kecantikkan dan kadang- kadang dia bagi full size produk dan kita melanggan pada kadar yang murah untuk sebulan atau pun setiap bulan. Jadi bagi kaum wanita yang kadangkala nak beli produk kecantikkan tapi harga agak mahal dan tak pasti keberkesanan produk tersebut ini adalah satu cara untuk kita test dulu sebelum beli.
Pertama kali sebenarnya melanggan beauty box dari Mivva. Langgan untuk sebulan adalah serendah RM38 tak termasuk postage RM10. Saya memilih untuk mencuba untuk sebulan sahaja sebab takut tak berpuas hati dengan produk yang diberi.
Beauty box bulan September kali ini ada lebih kurang 8 jenis produk.
Product Descriptions
Produk pertama adalah:
1. Beautymate Purifying and Brightening Nano Mask
2.Somang Danahan Bon Yeon Jin Toner & Emulsion
Pertama kali dengar nama produk ni, kita tunggu dan lihat review saya nanti.
3.Somang Ecopure Perfect White Sun Cream
5. Asience Shine Theraphy Shampoo & Conditioner6. Asience Nature Smooth Shampoo & conditioner
7. Igel Lenses
Yang ini memang buat saya teruja sangat sebab teringin nak try contact lens
Comments
Post a Comment