Oyster a.k.a Tiram
Seperti tajuk di atas. Topik perbincangan kita pada hari ini adalah tiram atau dikenali dengan nama english nya oyster. Memandai je aku manglish kan ayat kan. Nama saintifik nya bivalve molluscs.
Kebiasaannya orang mengenali tiram ini pada mutiaranya atau pada sos tiram. Tahukah korang yang tiram yang diternak untuk mutiara kebiasaannya tidak dimakan hanya diternak untuk mutiara sahaja.
Bercerita lagi tentang tiram ni, aku dahulu praktikal di sebuah hotel dan di tugaskan di kitchen Fine Dining atau dalam bahasa melayu Makan Elok, direct translation sungguh, di sana aku ditugaskan membuka tiram yang disimpan di freezer untuk dihidang di meja buffet. Bila membuka haruslah dibuka di bawah air yang mengalir dan menggunakan shucking knife atau oyster knife. Pisau ini tumpul, pendek dan lebar untuk memudahkan kita mengupas kulitnya. Tetapi sepanjang aku dok buat benda tu, tak terbuka pula selera aku nak menjamah tiram tu. Mungkin sebab minda aku di pengaruhi dengan 2 fakta bahawa;
1. Tiram merupakan aphrodisiac dalam b.m iaitu pembangkit nafsu (18 sx ya adik2)
2. Sekiranya allergik mengakibatkan keracunan
Oleh sebab tu aku membantutkan hasrat aku nak mencuba tiram. Tambahan pula, ia dimakan secara mentah (raw) lagilah meloya tekak aku dibuatnya.
Ok bercerita lagi pasal tiram ni, bukan semua orang mampu menjamahnya oleh kerana harganya yang agak mahal. Aku pernah survey harga paling murah adalah RM21 untuk 3 biji tiram import dan dihidang terus kepada anda di Shucked Oyster & seafood bar di Publika. Baru- baru ini di Aeon One Utama dijual di akuarium RM6.99 sebiji tiram. Kebiasaannya tiram dihidang dihotel dan padanlah dengan harganya.
Sekarang ini aku masih meneruskan pencarian restoran yang menghidangkan tiram di Malaysia.
Aku ada terjumpa sebuah premis makanan di The Gardens di Kuala Lumpur yang dinamakan Oyster King. Kalau tengok menu nya menang berasaskan tiram 100% cuma aku sebagai umat Islam ragu- ragu dengan status halalnya.
Antara menu nya adalah:
Terbaik. Yang penting sedap dan halal serta toyyiban. Harga blkg cerita. Kumpul kumpul insyaAllah jadi mampu milik.
ReplyDeleteVery good info. Lucky me I came across your website by accident (stumbleupon). I have bookmarked it for later!
ReplyDeleteAfter looking over a number of the articles on your web site, I seriously appreciate your technique of writing a blog. I book-marked it to my bookmark site list and will be checking back soon. Take a look at my web site as well and tell me what you think.
ReplyDeleteAgen Slot , Joker Slot , JokerVIP123 , Tembak Ikan , Slot online
Nk mkn tiram pegi klantan.. Pok weil meggi tiram.. Murah pun murah
ReplyDelete