Nasi Beriani Ori Batu Pahat Best


Assalamualaikum..

Rasanya dah bertahun lamanya tak menulis di blog dek kerana kesibukkan kerja. Biasalah bila umur makin meningkat nak menulis pun terasa bosan macam tak penting lagi. Alasan alasan... Haha abaikan.. Tetiba terasa ada idea nak blog lagi hari ini itu pun atas dorongan kawan- kawan. Wahh, baru idea datang mencurah- curah.

Hari ini aku dijemput menghadiri Rumah Terbuka dalam kes ini Gerai Terbuka oleh Chef Amin Harun pemilik Beriani Ori Batu Pahat yang terletak di Uptown 7, Damansara. Bestnya bila pergi open house sebab dapat makan FREE. Haha

Siapa tak suka nasi beriani? Aku memang suka makan dan semestinya apa saja yang ada nasi aku makan. Nama pun orang Melayu kan.. Nasi itu wajibbbb.

Yang best pasal nasi beriani Chef Amin ni, nasi dimasak bersama daging/ ayam/ kambing sekali. Mana tak aromanya mengancam perut yang tengah lapar. Memang sedap lah nasi beriani beliau. Kalau tak sebab jaga badan dah 2 pinggan agaknya dijamahnya. (Jaga badan konon) 

sesiapa yang ingin mencuba silalah menjamu selera di Gerai 1028, di Uptown Damansara Hawkers Centre. Memang berbaloi untuk dicuba harga pun murah; bagi beriani ayam RM8, beriani daging RM9 dan beriani kambing RM10 sahaja.

oh ya beliau juga menyediakan perkhidmatan katering jadi kepada sesiapa nak mencuba bayaran ikut harga satu pinggan/ satu kepala juga boleh anda sediakan barangan dan beliau ambil ambil bayaran yang berpatutan bagi satu kepala bergantung kepada terma dan syarat ya kawan-kawan. nak tahu lebih lanjut boleh hubungi beliau sendiri di ditalian 016-7917680 atau 016-3619967. 

Tauke beriani yang mesra pelanggan

Nasi beriani yang sedap


Aku bersama kak Ana Jerman, Kak Min, Abg Amy, Abg Hizad dan keluarga.

Bersama kak Ana

Alamat:
Gerai 1028, di Uptown Damansara Hawkers Centre

Comments

Post a Comment

Popular Posts