Gila Berus!

Hari ini sampai sahaja di pejabat dalam otak dah bermain yang DHL akan sampai. Eksaited sangat. Sempat buka tingkap pejabat dan survey tengok ada motor ke lori DHL. Kemudian Partner in Crime ajak pula ke pejabat pos hantar parcel masa tu jam 9. Jadi tengah siap-siapkan parcel dengar bunyi ketuk pagar pejabat. Dalam hati "mesti DHL ni". Jadi partner aku tengok dan tanya "siapa tu?". Aku terdengar orang tu menjawab "DHL". Wah!! terus aku rasa nak melompat kegirangan. Apa lagi terus ambil kunci lari ke bawah buka pintu. Sign saja parcel terus naik atas balik dan buka kotak pakai kunci. Gila kau memang eksaited sampai tak terkata.

Jadi aku buka dan nampak dua kotak berus yang aku order. Memang aku tengok 'packaging' dia memang cantik dan kemas. Sesuai untuk wanita. Aku order dua produk dari Iherb. Satu 'stippling brush' dan satu lagi 'Samantha's Picks Brush Set'.


 Sam's Picks Real Techniques Brush - RM95.34

 Real Techniques Stippling Brush - RM31.28

Baby - kucing yang ku sayang, bawa dia ke mana sahaja.

Baby kucing aku paling suka bila aku buka kotak sebab dia yang sibuk nak masuk dalam kotak. Bila dah puas dia tinggal je kotak tu. Aku tak sampai hati nak buka kotak berus tu sebab cantik sangat berus tu. Takut rosak pula kan.

Jumlah kedua-dua berus ni adalah RM137 dan kos penghantaran dalam RM25. Murah bukan? Kalau beli di Malaysia harga kedua berus ni agak mahal. Aku survery stippling brush tu dalam RM75 di website. Rugi rasanya. Berbaloi bagi korang yang nak beli banyak dan murah dan sanggup tunggu dalam 5 hari. Tak rugi tunggu kalau dapat jimat sedikit kos bukan?

Masih banyak lagi jenis berus Samantha Chapman ni dan akan ku kumpul semuanya nanti. Sikit demi sedikit. Insha-Allah.

Wish me luck!


Comments

Popular Posts