Shopping time! - Part 3
Sejak dua menjak ni rajin pula nak update shopping. Dalam 2 minggu ni asyik window shopping online sebab nak keluar bulan puasa dan kerja pula tu. Jadi free time digunakan sebaik mungkin dengan 'window shopping'.
Alhamdulillah dengan rezeki Allah swt dapat juga beli barang yang diimpikan. Seperti blog aku sebelum ni ada aku cerita pasal brush makeup dari Samantha Chapman dan kali ini aku telah merealisasikan hajat itu dengan membelinya kelmarin. Yahoo!
Mesti korang tertanya apa yang best sangat kan? Aku dah survey brush ni dekat setahun di Youtube dan ramai Youtubers yang gemar brush ni. Satu sebab harganya berpatutan. Kedua kerana kualiti. Ketiga hasilnya menampakkan makeup kita lebih 'natural' dan lebih kemas. Tapi aku ni nak cerita lebih pun bukan pakar makeup. Cuma aku minat nak tampak lebih kemas apabila berdepan dengan klien serta sewaktu di luar.
Nak tengok brush nya camna? Tengok gambar di bawah ni..
Dalam kegembiraann ada juga kedukaan kan? Dalam bulan puasa kedengaran kisah Rakyat Palestin yang dalam kesengsaraan dan dilanda peperangan. Aku cuma juga sedaya upaya untuk menyalurkan bantuan melalui derma dan doa buat mereka di sana. Mudah- mudahan Allah swt lindungi mereka dan hentikan kemelut yang melanda bumi Palestin. Amin amin amin.
Comments
Post a Comment