Iftar di Padi StreetHouse
Pejam celik pejam celik dah hampir separuh lagi tinggal nak habis berpuasa. Sedih rasanya sebab seronok berpuasa di bulan Ramadhan ni. Hari ini memang cadang tak nak berbuka dengan nasi tapi dengan pasta. Huih macam orang putih pula gayanya. Tapi sejak umur meningkat metabolisme makin menurun dan apabila aku makan walaupun kuantiti sedikit tapi berat badan naik cepat. Jadi jalan penyelesaiannya aku kurangkan untuk makan nasi dan cuba alternatif lain iaitu makan pasta. Healthy eating katakan. Portion juga memainkan peranan penting dalam diet pemakanan. Apabila kita makan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak akan menyumbang kepada kenaikan berat badan.
Cukup sudah aku membebel pasal pemakanan sihat. Mesti korang dah menguap baca kan? Tiba masa untuk grand finale iaitu selfie dan food porn. Woo jangan teruja sangat ya.
Red Velvet Cake - agak kering sedikit teksturnya. Aku bagi 1.5 bintang je
Pesto Spaghetti dengan Grilled Chicken.
Selfie time!
Pesto Spaghetti dalam RM13.90
Rasa sederhana saja. Bukan pesto yang terbaik aku pernah rasa. Tapi ayam dia best dan rangup di luar berjus di dalam.
Red Velvet RM7.00
Seperti disebut di atas. Agak kering mungkin dibiar lama. Bukan red velvet yang terbaik.
Iced Peach Tea RM - terlupa harganya
Sama seperti peach tea dalam kotak. Takda apa menarik nak dikomen.
Keseluruhan aku suka suasana dan hiasan cafe nya. Lain kali aku nak cuba kopi. Mereka guna Lavazza Coffee yang diimport dari Itali. Kopi ni aku pernah survey di Tesco dan Giant dan harganya agak mahal bagi sepeket/ setin kopi. mungkin rasanya sedap dan akan dicuba. Adik aku pernah minum kopi di sini dan diorg akan sediakan Latte Art yang menarik untuk dia.
Bagi aku melihat suasana di sini seperti di Secret Recipe dan harga pun lebih kurang sama. Cuma di sini bukan gred A. Bagi yang nak cuba suasana baru boleh cuba makan di sini. Banyak makanan yang disajikan ada steak, chicken parmigiana, pelbagai jenis spaghetti, pelbagai jenis kopi seperti capucinno, latte, mocha, juga tedapat makanan seperti nasi lemak dan mee.
Ok selesai sudah gambar ditempel- tempel. Bagi yang tengok lebih banyak gambar aku jangan lupa follow instagram di YanaHisham.
Jumpa lagi. Selamat Berpuasa!
Comments
Post a Comment