SELAMAT PENGANTIN BARU AZURA & FAISAL

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam dari Shah Alam ke Kuala Klawang, Negeri Sembilan memperlihatkan pelbagai perkara yang menarik. Pertama kali ke sana, kami agak teruja melihat budaya dan gelagat penduduk di sana. Malahan terdapat juga sebuah rumah yang agak pelik ( mungkin rumah atau tidak) kerana mempunyai sambungan yang agak melampau menjadikan keadaannya tampak pelik. (gambar tertera di atas)

Setibanya di sana, kami disambut oleh ibunya dengan berpakaian serba hijau. Senyuman yang terukir dari wajahnya menampakkan kegembiraannya pada hari ini. Pelamin yang terhias indah dengan bunga-bungaan putih menaikkan lagi kemeriahan perkahwinan hari ini.

Setelah lebih kurang beberapa minit, kami pun mengambil beberapa keping gambar bersama pengantin. Sememangnya kak Zura tampak ayu dan cantik pada hari ini. Sempat juga bergurau senda bersamanya. Katanya " Yana, ambillah seri manalah tahu nanti..". Aku gelak saja.

Setelah puas bergambar apalagi waktu makanlah. Abg E a.k.a bf Zat sememangnya tak sabar nak menjamah lauk gulai sejak mula kami bertolak lagi. Aku pun dua kali lima, menerjah makanan yang tersusun di depan mata. Sekali ambil penuhlah pinggan aku.. hehe.

Setelah menjamu selera, kami mengucapkan selamat tinggal dan selamat pengantin baru kepada kak Zura lalu meninggalkan Kuala Klawang (Jelebu).
SELAMAT PENGANTIN BARU AZURA & FAISAL
4 HB 4 2009
nice dress!!
ReplyDelete